klik. klik.

Saturday, December 17, 2011

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepertita
rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)
12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Sumber: Facebook Shafifiyaz

Sunday, December 4, 2011

10 Muharam, Hari Asyura

Assalamualaikum....
sekadar perkongsian....
sekaligus ingatkan diri sendiri juga bagi saudaraku Muslimin & Muslimat
tentang 'KEUTAMAAN HARI KE 10 BULAN ASYURA.


Kenapa hari ke 10 Asyura menjadi penting ?
dari riwayat yang ada, pada hari itu Allah ciptakan Langit, Laut dan Bumi, dan itu akan jatuh pada Selasa, 6 Disember 2011.

Keistimewaan hari ke 10 Asyura, diantaranya adalah :

Dari Ibnu Abbas ra berkata Rasulullah saw pernah bersabda :
" Barang siapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka Allah Swt akan memberi kepadanya pahala 10 ribu malaikat. Dan barang siapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10 ribu orang berhaji dan berumrah, dan 10 ribu pahala orang mati syahid "


" Dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah Swt akan menaikkan dengan setiap helai rambutnya dengan satu derajat. Dan barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah saw yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka".

Para sahabat bertanya Rasulullah :
" Ya Rasulullah, adakah Allah telah melebihkan hari Asyura daripada hari-hari lain? ".
berkata Rasulullah :
" Ya, memang benar, Allah Ta'ala menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, menjadikan laut pada hari Asyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Asyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Asyura "


Dan inilah peristiwa dahsyat yang terjadi di hari ke 10 Asyura :
  • Allah juga menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Asyura.
  • Allah menenggelamkan Fir'aun pada hari Asyura.
  • Allah sembukan penyakit Nabi Ayyub pada hari Asyura.
  • Allah menerima taubat Nabi Adam pada hari Asyura.
  • Allah mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura.
Dasar anjuran Puasa Sunah.
Hadits yang Pertama :
عن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه. مُتَّفّقٌ عَلَيهِ

Dari Ibnu Abbas r.a : “Bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan untuk berpuasa padanya”. (Muttafaqun ‘Alaihi).

Hadits yang Kedua :
عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال: ((يكفر السنة الماضية)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.

Dari Abu Qatadah r.a : " bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya tentang puasa hari ‘Asyura. Beliau menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (HR. Muslim)

Hadits yang Ketiga :
وعن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: ((لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.

Dari Ibnu Abbas r.a : “ Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Apabila (usia)ku sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (HR. Muslim)

Rasulullah saw ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura, beliau menjawab :
'Menghapuskan dosa setahun yang lalu’, ini pahalanya lebih sedikit daripada puasa Arafah (yakni menghapuskan dosa setahun sebelum serta sesudahnyat).

Bersamaan dengan hal tersebut, selayaknya seorang berpuasa ‘Asyura (10 Muharram) dan Tasu’ah (9 Muharram).

Hal ini karena Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, ‘Apabila (usia)ku sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada yang kesembilan’, maksudnya berpuasa pula pada hari Tasu’ah.


Smoga bermanfaat - wass. wr.wb.

Sumber : Obrolan Blogger

Monday, November 21, 2011

10 mende yang mungkin korang tak tau pasal NURI

1-Suke makan nasi dengan kicap je. No wonder la aku kurang kurus kann. Grrrr.

2-Penah terlibat dalam kemalangan mase form 1. Kalau korang jumpe aku muke-ke-muke, jangan tengok mate aku lame-lame. Sebab pas korang balik,mesti aku rase down. Bukan down syndrom okay. Down. Sebabnye salah satu mate aku adalah mate palsu.

3-Baru pandai bawak motorsikal bulan Mei 2011. Jangan gelak. Nanti tak pasal makan bubur gune tube kat hospital.

4-Pandai memasak katenye. Kahkahkah. Kalau nak tau betul ke tak,jadi housemate aku. Tak pun husband aku. Wakakakakaka.

5-Sangat emosi bile cakap pasal family. Tak dapat dinafikan. Bukti dah banyak. Salah satu, semalam masa gi seminar ______, tukang cerita duk ckp tolong family,tolong family,tolong mak,blablabla, tetibe aku termenangis. Sebak. Huhhu.

6-Ade adik lahir tahun 2010 walaupun aku lahir tahun 1989. Kire la bape banyak beza antara aku dengan adik aku. Unbelievable sebab umur aku patutnye dah ade anak, bukan adik kann?

7-Kalau korang member yang aku kenal,pastu jumpe tgh jalan aku tak tegur, jangan kecik ati. Kadang-kadang jalan pun tak pandang orang. Aku sangat down dengan kekurangan diri yang ade. So,pasni kalau jumpe aku tgh jalan tegur la. Hehe.

8-Suke bergambar dengan retiss. Kikiki. Tak caye bukak fesbuk.

9-Belajar makan budu bulan 10 tahun 2011. Kikiki. Sedap rupenye budu tu eh.. Hehehe.

10-Selalu berangan besar. Bukan berangan nak jadi besar lagi okayyy. Contoh, tengok wishlist. =.=

Sunday, November 13, 2011

'Baby,nape pakai baju ni?Besar lah.' =.=

Assalamualaikum kengkawannn!

lame tak meng-update blog ni..
bersawang dah rasenye..

ermmm...
hah..
tetibe rase nak berpantun..
meh bace meh..

pagi-pagi,bangun pagi,
jangan bangun tengahari;
hari ini sakit gigi,
hari esok sakit hati.

kalau takut dilambung ombak,
jangan main kat tepi pantai;
kalau korang rindu kat mak,
jangan segan-segan call say 'hai'.

kalau rase nak bunuh diri,
ingat dulu pada yang Esa;
kalau boyfriend tak puas hati,
fikir dulu sebaik-baiknya apa yang dikata.


ok, fine.
entri ni tak de kene mengena ngan pantun 1 or 2. Tapi pantun 3. Hihi.


Begini ceritanya...
Aku ade sorang kawan SMS aku baru-baru ni..
SMS-nya bertaip begini...

Kawan: As Salam. Kau buat ape tuh?? Bz nmpk? Hehe..Weh,aku nak mintak pendapat ni..

Aku: Wassalam. Tak de buat pape. Dok gurau ngan Danish ni.. Hehe.. Kau nak pendapat pasal ape?

Kawan: Ohh. Erm camni. Aritu aku nak kuar ngan BF aku. Kau tau kann aku ngan dye dah bape lame.. Tetibe hari tuh dye cakap camni, 'baby,nape pakai baju ni?besar lah.pegi tukar baju lain boleh?syg tunggu..' Aku pun cam tak fikir panjang,terus pegi tukar. Tapi masa kat umah bila balik pas kuar ngan dye aritu, tetibe aku teringat balik kata-kata dye. Ape pendapat kau? Huhu. Aku cam tak fikir sgt aritu sebab cam dah rushing aritu. Huhu.

Aku: Erm. Huhu. Complicated ni. Huhu. Aku pun takde pengalaman cintan-cintun ni. Tapi bg aku, aku rase cam dy bkn suke kau sebab diri kau. Dy cam nak kau utk kpentingan diri dy sndri. Mksd aku dy pentingkan diri sndri. Dy nak org tgk dy bertuah dpt GF cantik. Huhu. Sorry to say that tp tu pendapat aku. Huhu.

Kawan:.......Ohh. Erm. Takpe. Aku yg tanye pndapat tadi. Eh. Okay lah. Nanti text lagi ye. Thanx. Luv ya.



Huhu.
Tetibe rase nak tanye pendapat korang.

Feel free?
Bagi lah pendapat sikit..
Mungkin dapat membantu kawan aku ni..
:)

Thursday, November 3, 2011

Rahsia Ayat Kursi

Ayat Kursi:


1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi

2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu

3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat

4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ...

5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian. Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat....

Sumber: FB Johari Othman

Jom amalkan. :)

Friday, October 28, 2011

tragedi oktober lah sangat.

assalamualaikum..

huhuhu..
sudah mengasah pisau,jatuh pula..
itulah dapat di-peribahasakan untuk saye...
huhuhu..

ari rabu, 26hb oktober 2011 merupakan ari paling malang bagi saye dan rakan2..
huhuhu..
nasib kitorang tak hilang selera makan aritu..
huhuhu..

camni citernye.....

si sahabat nak menggoreng..
tiba-tiba minyak tumpah masa nak tuang dlm kuali..
botol minyak tu besar..yg 5kg tuh..
terlucut dari tangan sebab licin..
tumpahlah minyak kat atas lantai...

pastu,si sahabat yg tertumpahkan minyak ni,lap la minyak yg tumpah tu..
saye yg tgh mengasah pisau nak menghiris sosej ni TERjalan kat tmpt minyak tumpah tuh..

pastu ape lagi....
GEDEBUSH!
nangka busuk jatuh.....
huhuhu..

sakitnya Allah saje yg taw...
huhuhu...
pening pun ade..
huhu..
nasib baik la tak teruk..
dibuatnye pisau yg di pegang tuh tertusuk kat mane2,luka...
kan teruk..huhu..

tapi keesokan harinye,nak bangun pagi,sakitnye Allah je yg taw...
huhuhu...
kitorang dah klasifikasikan tragedi ni tragedi oktober kitorang..
sebab macam2 jadi masa nak masak tuh..huhu..

hehehe..
saje nak bercerita..
bosan asyik ngadap buku tadi..hehe..
ni pun baru pas masak gak..
tapi arini ok la..
dah kenyang dah pun..
hehe..

okay la..
nak sambung study balik..
esok ade test ni..
hehe..

thanks yer menjenguk ke entri yang tak seberape ni...
:)


Sunday, October 23, 2011

reality

Assalamualaikum!

Mai dah...mai dah...tu diaaaaa pak mah-MOOD nak update blog dah mai....
hahaha...
saje nak memenuhkan lagi keje2 yang patut dibuat dgn menaip entri untuk blog yang cool blog..hahahaha..

wehh!
saye dah gile korean balekkkkk!
bukan ape...dah lame stop tengok cite korea2 ni..
maklumla.. duk kuantan nak dekat setahun..
mane tak nye..
cuti sem lepas-lepas start bulan 11/2010 pastu praktikal bulan 1 smpai 4..pastu keje part time ag sampai bulan 7..pastu berniaga kat bazar ramadhan bulan 8..
bulan 9 baru start semester 7 semula...

masuk2,kengkawan suh tengok reality show Running Man!
siyes tak leh tahan gelak tgk reality show tuh!
kalau gelak tak golek2 memang tak sah! haahaha

dari tak kenal Yong Hwa,sampai termimpi2 Yong Hwa..
dari tak kenal sape tu Gwang Soo, sampai boleh wat perangai Gwang Soo..
dari tak kenal sape Gary,sampai rase Gary tu comel gak secubit..
dari tak kenal sape tu HaHa,sampai suke Haroro=Pororo!


p/s : entri ini ditaip atas dasar mengurangkan stressss yang melanda diri. sekian. :)

Saturday, October 22, 2011

Terlajak ber-GOOGLE

aiiii awakkkk!!
phuiiihhh.
penat.penat.
banyak koje la saye ni awakkk.

Final Year Project nye,Product Design nye,Thermal nye,test-test nye...
phuiiih....
tapi nasib baik la tak stressss kann.
tapi tak pe,kalau stress bole tengok Running Man! hihihihi!

Hehe..
Huhu..
Hihi..
Hoho..

Ahah!
Aritu jalan2 kat SACC Mall carik barang sikit..
Guess what?

Saye terserempak kawan lame saye,Che Wan Fatin Suhana!
*cube cari Fatin Suhana 5tahun lepas... dye cantik dulu, kini, dan selamanye kann? :)

Dah lame nak jumpe dye..
Tapi dye busy jerr..

Dah jumpe tu,ape lagi,duk mengarut la sekejap..
Almaklumla, perangai suke mengarut dgn dye dari sekolah lagi..hahaha..

Tapi jumpe jap je sebab Fatin nak balek Kuantan..
Ade hal katanye...

Eh. ok la awakkk. nak masak ni. perut dah ber'rock-n-roll' dah ni.hehehehe.
Ni pun ber'google' sebab nak cari info pasal FYP..tapi dah terlajak.. hahaha..

Assalamualaikum!

Friday, October 21, 2011

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )



Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

COPYPASTE FROM ALLAHSEEKER.BLOGSPOT.COM

Monday, October 3, 2011

the 'L' alphabet

wuhuuuuu!

setelah berhempas pulas memerah otak study KPP,akhirnya 47/50!
walaupun tak sehebat yag lain tapi aku bersyukur! ~syukurrrrrr!

tapi apakan daya,kite hanye merancang..
thermal engineering punye exercise tak leh nak buat!
!@#$%^^&&*Y*!(*^*@^&!
wa goyang! sungguh!

YES pulak.
ILY!!!
:)


p/s:entri ni ditaip sebelum gi bengkel IPD 2. sempat pulekkkkkk kann! pastu tajuk entri ni punye cite sikit je..hahaha...maafkan sayeeeee...

Wednesday, September 28, 2011

Tiga Purnama Merindu

Alhamdullilah...
setelah hampir setahun aku menetap di kuantan tercinta,akhirnya pulang juge ke shah alam yg mula2 akan dicintai dan bila nak dekat final exam,akan dibencii..
bagus bukan?
walaupun kepala bersabut-sabut dgn final year projek,design projek, dan sebagainye yg same waktu dgnnye,
aku,
masih leka di atas kerusi plastik putih yg akan merasa sakit bila duduk lame sambil menekan2 butang2 huruf,nombor dan simbol untuk menaip khas untuk blog yang sudah TIGA purnama merindu ditinggalkan.
sayu sungguh hati apabila memikirkan kembali hakikat yg pasti dan benar ini.
berada pada tahun akhir ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal (pembuatan) di Universiti Teknologi MARA Shah Alam amat memenatkan sebenarnya.
duit pun harus di 'budget' untuk hidup di bandar yg majoriti penduduknye adalah orang Melayu.
ade kaitan ke?? :P

sape ade duit banyak,meh belanje aku makan hari-hari sampai habis semester ni!<----ade kaitan jugop ke??

sorry ye korang. ni lah akibat sudah lame tidak 'atastarikh'(update) blog.

jgn ingat aku kurang siuman pulak.tapi kadang2 tu ade la sikit2.hahaha.

sekian untuk rungutan kali ini.
kite jumpe lagi bile laptop aku dah siap format & tukar windows. *tak sabarnyeeeee..hahaha..



notabukulali: kalau jumpe aku dimana-mana,jgn segan untuk menegur.hahaha. perasan hawtt nak mamppp!

Wednesday, June 8, 2011

World Oceans Day

The oceans are essential to food security and the health and survival of all life, power our climate and are a critical part of the biosphere. The official designation of World Oceans Day is an opportunity to raise global awareness of the current challenges faced by the international community in connection with the oceans. This year's theme is "Youth: the Next Wave for Change".

It’s up to each one of us to help ensure that our ocean is protected and conserved for future generations. World Oceans Day allows us to:

  • Change perspective – encourage individuals to think about what the ocean means to them and what it has to offer all of us with hopes of conserving it for present and the future generations.
  • Learn - discover the wealth of diverse and beautiful ocean creatures and habitats, how our daily actions affect them, and how we are all interconnected.
  • Change our ways – we are all linked to, and through, the ocean! By taking care of your backyard, you are acting as a caretaker of our ocean. Making small modifications to your everyday habits will greatly benefit our blue planet.
  • Celebrate - whether you live inland or on the coast we are all connected to the ocean; take the time to think about how the ocean affects you, and how you affect the ocean, and then organize or participate in activities that celebrate our world ocean.

Kerjaya Sementara

benci arghhhh..!!
internet cam rase nak hempuk je jadi lempuk!
aritu siap tgk Juvana satu episod, berkali-kali kat tonton..
ni,nak tgk satu episod cam harrrrammm!

adehhh..miss my hot stuff la..;(
hot stuff saye tengah busy skrg ni..
kesian dia...

takpe2..
nanti mane tau boleh ganti Tumulak naik amek trofi kannnn. :)

anyway,saye skrg sorg student yg menunggu kemasukan ke semester seterusnye yg berkerjaya semntara di stesen minyak Petronas Jln Darat Makbar :)


busy lor skrg..
mase tu ade nk online,tapi malas..
malas nk bukak lappy..huhuhu...
at the end,blog ni tak ter-update berkurun.
kannn.


berkerjaya walaupun sementara ni banyak dugaan dan cabarannya..
pengalaman juga bertambah..
satu je pesanan dari saye...
jangan memilih pekerjaan..
sebab kite tak tahu rezeki kite yang Dia tentukan..


anyway,nak promote sikit kepada sape-sape yang tengah mencari-cari wang tambahan untuk 'pocket money' atau untuk student yang sambung belajar lepas cuti ni...
saye cuma nak kongsi je..kalau berminat,Alhamdulillah...kalau tak berminat,tak ape..
cuma berkongsi ape yang saye dapat...
orang kate 'sharing is caring'...

bagi sesiape yang berminat tu,jom cuba klik link ni ----> http://www.kelabjutawan.org/index.php?ref=nurichomel

saye tak memaksa..tepuk dada,tanya hati.. wassalam.. :)

Friday, May 20, 2011

♥ Syazwan Zulkifly ♥


Entri ni ditaip khas untuk Syazwan Zulkifly..

Selamat Ulangtahun ke-

Semoga panjang umur, murah rezeki!!!

♥ youuuuuuuuu! ;)

Thursday, May 5, 2011

Hot!!

Assalamualaikum!!
Haluuu! Ehehe. IMY-->takde kene mgena dgn yang hidup ataupun yang mati *tapi,saye je taw sape. :)
Hehehe..Nak cite sikit pasal sorang pelakon Juvana yang tengah HOT! Apek. Kenal tak?? Tak kenal? Meh nak cite sikit ape yang saye taw pasal Apek atau Syazwan Zulkifly ni.

Syazwan Zulkifly,seorang pelakon berusia 24 tahun yang memulakan kariernya pada tahun 2008. Memulakan karier hanya dengan watak kecil dalam beberapa drama sebelum ini dan sekarang terkenal dengan drama terbaru TV 3, Juvana, setiap Isnin,jam 9 malam bermula 25 April 2011. Seorang yang sangat peramah, kelakar, merendah diri, dan amat menghargai peminat.

Euww. Skema gilaa saye kenalkan Apek ni kat korang! Hahaha. Ape pun, Apek ni mmg cool gile kot. Sporting plak tuh. Nak2 bile jumpe muke-ke-muke! Betul2 Ho Liaoo! :D

Hah? Tengok muke baru kenal? Ok. Scroll bawah tengok gambar Apek ni!! *tak pepasal terlekat name Apek ni pas cite Juvana. ;)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Dalam bilik kurungan Sekolah Wira Bakti.

Comelnyeeeeee. ;D

Bagi yang tengok Gemilang(cite sebelum Juvana),ini dia Ringgo. :D


Ensem. ouuhhh!

Bagi yang tidak berpuas hati dengan entri ni, saye mintak maap ye.. :)

p/s: credit to Syazwan Zulkifly for the pitcha! :D

Wednesday, May 4, 2011

Aku tidak akan terperangkap selamanya.

pix_gal0
Biarpun masih baru mereka sudah terkenal kerana kenakalan dalam kaca TV

KETIGA-tiganya masih terlalu baru dalam bidang lakonan. Memanglah ada yang terpinga-pinga siapakah tiga anak muda itu yang sekarang boleh ditonton menerusi drama bersiri Juvana di TV3.

Johan Ariff, 25 bersama-sama Syazwan Zulkifli, 23 dan Adam Shah, 30 memang beruntung kerana mendapat keyakinan daripada pengarah dan penerbit, Kabir Bathia untuk menjadi sebahagian watak utama dalam drama Juvana arahan Faizal Ishak.

Dalam drama itu, Johan membawa watak Botak dengan perwatakannya yang agak lurus bendul sehingga menjadi bahan ketawa Apek lakonan Syazwan dan Ayam dibawakan oleh Adam.
Siapakah mereka ini? Adakah mereka memang orang baru dalam dunia lakonan? Menariknya mereka tidak kekok apabila diminta melakukan pelbagai aksi seperti yang diminta oleh jurugambar Hip. Walaupun membawakan watak nakal dalam siri Juvana, tetapi hakikat sebenarnya, mereka adalah ramah dan ‘gila-gila’.

Beruntung dapat kepercayaan

Tidak mustahil satu hari nanti mereka bakal mengikut jejak Shaheizy Sam, Shah Jaszle dan ramai lagi. Bukan mudah orang baru seperti mereka meraih peluang muncul di waktu perdana di stesen TV terkemuka, yang menjadi idaman pelakon lama dan baru.

Johan, Syazwan dan Adam beruntung kerana mendapat kepercayaan Kabir Bhatia dan Faizal Ishak untuk menunjangi drama bersiri Juvana.
Mereka bukanlah orang baru kerana ketiga-tiganya sebelum ini pernah menimba pengalaman sebagai pelakon tambahan. Syazwan dan Adam memulakan kerjaya lakonan sejak 2008, hanya Johan yang masih baru berbanding dua rakannya itu.

Dalam Juvana, dia serius dan ganas tetapi realitinya Johan Arrif seorang yang kelakar. Barangkali kerana masih baru dalam dunia lakonan, Johan amat merendah diri, malah segera memohon maaf setiap kali berasakan terlalu banyak bercakap, bimbang ada yang tidak selesa dengan sikapnya itu.

Sengaja mengusik, sikapnya itu mungkin sementara. Setelah dikenali, dia mungkin akan berubah sikap. Tetapi Johan yang berkemampuan menghafaz dua juzuk surah ini berharap tidak berubah sikap apabila dikenali nanti.

“Memang tak dinafikan selepas episod pertama Juvana, ada yang mula memanggil saya dengan panggilan Botak. Waktu itu saya sedang makan di Perlis. Terkejut juga apabila ada yang memanggil nama watak saya. Saya akan membiasakan diri dengan keadaan itu.

“Saya minat berlakon. Tidak salah untuk meminati bidang lakonan dan agama dalam satu masa sama kerana yang penting niat kita.

“Bagaimanapun janganlah panggil ustaz atau hafiz kerana saya hanya mampu hafaz satu setengah juzuk al-Quran saja. Saya pernah menuntut ilmu agama di Jambi dan Batam, Indonesia selama setahun tetapi berhenti kerana tidak tahan dengan disiplin ketat yang dikenakan. Alhamdulillah keluarga tidak halang minat saya dalam lakonan, asalkan tahu menjaga nama baik keluarga,” kata penuntut Kolej Universiti Islam Melaka dalam bidang Diploma Kaunseling itu.

Pertama kali memegang teraju utama adalah pengalaman menyeronokkan. Masih berbaki tiga semester untuk tamat pengajian, Johan meluahkan rasa beruntung kerana berlakon di sisi nama hebat seperti Bront Palare, Zahiril Adzim, Beto Khusairy dan Datuk Kuswadinata.

“Bront ada menitipkan ilmu yang sangat berguna. Dia kata untuk menjadi pelakon, ada dua perkara yang perlu dititik beratkan iaitu pendengaran dan pernafasan. Nasihat itu akan saya pegang.

“Begitu juga Zahiril. Dia menjadi rujukan kami ketika di lokasi. Dia nasihat saya supaya memastikan intonasi serta gaya lakonan konsisten dari episod pertama hingga akhir. Jadi saya agak bimbang jika tidak memberikan lakonan yang konsisten,” kata Johan.

Kesungguhan untuk menjadi pelakon yang baik disebabkan minat yang sudah tertanam sejak di sekolah lagi. Johan dikatakan menangis ketika di lokasi kerana tidak mampu mengekalkan intonasi dan gaya lakonan yang sama. Perkara itu didedahkan oleh Syazwan dan Adam.

Kata mereka, disebabkan terlalu menghayati watak Botak juga, Johan tidak sengaja memukul rakannya sehingga berdarah dan lebam.

Peritnya jadi pelakon

SEBELUM berpeluang memegang watak pelakon pembantu, anak muda dari Kuala Lumpur ini terlebih mencuba nasibnya sebagai pelakon tambahan dengan mendaftar diri di agensi lakonan.

Ternyata pengalaman yang bermula pada 2008 itu menyimpan pelbagai kisah suka dan duka. Suka kerana dapat bertemu dengan pelakon yang selama ini menjadi idola tetapi pengalaman duka apabila perlu berdepan dengan pelakon yang kurang mesra.

“Tidak semua pelakon sombong. Ada yang mudah mesra malah tidak kedekut berkongsi ilmu. Rata-rata pelakon lelaki mudah didekati berbanding pelakon wanita. Malah ada yang tidak kedekut memberitahu apa perlu dilakukan untuk membantu menjayakan babak mereka,” kata graduan Kolej Multimedia TM, Kuala Lumpur itu.

Syazwan yang pernah membintangi drama bersiri Gemilang juga terbitan Filmscape berkata, ketika menerima tawaran untuk membintangi Juvana, dia agak risau apabila mengetahui bakal digandingkan dengan Zahiril.

“Dalam Juvana, watak saya banyak bergandingan dengan Zahiril. Disebabkan dia seorang pelakon yang hebat, jadi bimbang kekurangan saya akan menjejaskan lakonan Zahiril. Beberapa hari sebelum penggambaran bermula, saya menghantar khidmat pesanan ringkas kepadanya untuk berbincang mengenai watak kami. Tapi Zahiril kata mahu berbincang di lokasi saja.

“Ketika sesi bacaan skrip, saya tidak sempat berbual dengannya. Jadi saya agak risau apabila mahu berjumpa dengannya. Bagaimanapun sebaik saja kami mula berbual di lokasi, Zahiril mudah didekati dan tidak lokek ilmu,” kata Syazwan yang amat meminati Aaron Aziz dalam filem KL Drift hingga mampu meniru gaya pelakon itu dalam filem berkenaan.

Ikat perut untuk sara hidup

GARA-gara kilang tempat dia bekerja sebagai seorang jurutera gulung tikar pada 2008, pemuda dari Melaka ini terpaksa mencari alternatif lain untuk menyara hidupnya.

Dari Pulau Indah, Klang, Adam merantau ke Kuala Lumpur mahu meneruskan pengajian dalam bidang perniagaan tetapi akhirnya niat itu tersasar apabila dia menceburi bidang lakonan.

Melalui profil yang dihantar pada Hari Terbuka FINAS, rezeki Adam dalam bidang lakonan terbuka sedikit demi sedikit. Bermula sebagai pelakon tambahan pada 2008, akhirnya tiga tahun selepas itu, dia ditawarkan menjadi pelakon pembantu. Biar pun lambat, Adam tetap bersyukur kerana bakatnya kian disedari.

“Bermula watak tambahan, saya kemudian mendapat tawaran berlakon dalam drama Akademi Polis. Watak saya dalam drama itu boleh dikira penting juga. Selain menjadi pelakon, saya juga ada melakukan kerja-kerja di belakang tabir seperti membantu pengarah.

“Saya beruntung dan bersyukur kerana akhirnya dilamar sebuah syarikat penerbitan yang terkenal. Saya berharap bakat lakonan saya dalam drama ini dihargai,” katanya yang membawakan watak Ayam.

Watak Ayam katanya, kelihatan tidak begitu jahat tetapi sebenarnya dia adalah seorang yang pandai memanipulasi keadaan. Oleh kerana bimbang dibuli, dia banyak mengawal Botak hingga Botak tidak sedar dia sebenarnya dipergunakan oleh Ayam.

Sumber: Berita Harian Online


Tuesday, May 3, 2011

Juvana & Gemilang

Assalamualaikum!

Hyeee!

Mood Jom Heboh tak abis agi..

Hehehehe...

Kepada sape2 yang tak pernah tgk cite Juvana & Gemilang,mmg tak kenal lahh dorang ni...

Tasha Shilla yang sangat cantek!! Geram taw tengok diaaa!

Tasha lagiiii!

Masa ni Tasha dah cam sayeee..patutnye kne derma tabung dulu baru leh amik gambar,tapi Tasha ckp,'Kite bagi free lahh kat Nuri'..hehehehe ;)

Friendly ouh Tasha ni!!

Agak2 autograph ni dari sape 'FOR NURI COMEL'...? :D

Apek tengah wat chicken dance!! Comel ouuhhh! :D


The coolest guys of the day!!!! Botak & Apek!

Sangat happy ouuhh...!

Dapat kawan baruuu!

Mood tak habis lagikk ni...

Rindu.Rindu.......... :D

Saturday, April 30, 2011

Juvana lagi!

Hehehe..

Bukan pasal cite Juvana pon..

Ni pasal pelakonnyaaa...!

Apek dan Botak...!

Dorang sangat happening woh kat Jom Heboh Kuantan!

Botak tuh,dalam Juvana ganas gilee tapi kat luar gile-gile!

Kadang-kadang pikir balik,"eh?betul ke dye ni botak Juvana tuh??" :D

Apek pulak,sooooooooooo sweet wat chicken dance!! Luv it!!!! :D

Apek juge sangat friendlyyyy!

Tatap lah ni kalau tak caye!

Gile gagah botak ni angkat adik aku!! :D

Sweet tak couple ni? (uhh.sangat lahh perasan nuri chomel nih! haha. XD)

Apek lagiiik! ;)

Okeh. Update yang ni dulu. Nanti update lagikkk! :)

Thursday, April 28, 2011

Weightgained.

Saya tak paham kenapeee..

Berat saye naekkk!

Pelik betul...

Saye rase saye mkn dua kali je sehari...

Sukatan pun tak banyak..

Huhuhu..

Stress!

Stress!

Stress!

Tuesday, April 26, 2011

Juvana.

Drama JUVANA
Mula Tayangan: 25 April 2011,
Hari Tayangan: setiap hari Isnin
Masa Tayangan: 9.00malam.
Pengarah: Faisal Ishak
Pelakon: Zahiril Adzim, Bront Palarae, Johan Ariff, Talha Harith, dll.

Tak perlu lah nak review bagai.
Tengok sendiri baru tahu.
Tapi tak rugi tengok.
Serius.















































Aku tidak akan terperangkap selamanya.



Monday, April 25, 2011

Nak ni sangat sangat!

Huhuhu..

Sedihnye...

Saye nak satu JC purse ni...

Tapikan...

Saye tak mampuuuu...

Ade sape2 nak belikan tuk saye tak???
*tangan ke dada,mata ke atas. ".

"Saya ni susah nak puji... tapi malam ini kamu sangat bagus,"

Saban minggu protege didikan Erra Fazira dalam Mentor 5 mendapat perhatian kerana kemampuannya menunjukkan persembahan yang memberangsangkan. Bagai sudah melihat aksi sang juara bila menonton persembahannya minggu ini.

Salma sudah dilihat calon yang memberi saingan paling sengit. Malah sudah ada yang mula meramalkan dialah yang bakal menjuarai Mentor 5. Bukanlah menidakkan kemampuan peserta lain, tetapi setelah tiga konsert, Salma terus berada di tangga atas menyanyi lima peserta lain.

Kehebatan Salma bak kata pengkritik tetap, Datuk Ramli MS sepatutnya menjadi peniup semangat kepada peserta lain untuk mengejarnya dengan memberikan persembahan yang terbaik. Minggu ini Salma mendapat pujian Ramli kerana berjaya memikat hatinya menerusi lagu-lagu medley Penasarandan Kopi Dangdut serta duet bersama Azlan (Azlan & The Typewriter) menerusi lagu Jeritan Batinku.

"Saya ni susah nak puji... tapi malam ini kamu sangat bagus," kata Ramli sejurus selepas Salma dan Azlan selesai dengan tugas duet mereka.

Mentornya Erra berkata, dia memilih Azlan untuk memberikan lebih cabaran kepada anak didik kerana kelantangan suara Azlan sememangnya diakui ramai.

"Kalau Salma boleh setanding dengan Azlan, bagi saya dia sudah berjaya memuaskan hati. Saya pilih lagu Jeritan Batinku kerana lagu yang dinyanyikan semula oleh Azlan itu sedang in sekarang dan Azlan sedang popular dengan lagu itu. Kiranya ini win and win situation lah," kata Erra.


Sumber : manggaonline.com.my

Meh rapat-rapat meh!

Korang ade wang dan mahu kuruskan badan?

Tapi tak taw camne?

Meh nak rekemen satu tempat!

Confirm jadi!!


p/s:kalau confirm nak, mesej ke owner KAT SINI!!!. Then bagitaw korang taw pasal business owner KAT SINI!!! dari NURI ye. :)

Tuesday, April 19, 2011

Menyumbang kat masjid?

Sedih bace berita ni..

Aksi sumbang dekat masjid

MASJID TANAH: Memalukan apabila ada pasangan bercinta menjadikan kawasan pantai Tanjung Bidara, di sini, sebagai ‘port’ untuk melakukan aksi ‘ringan-ringan’.

Tambah menjengkelkan apabila terdapat pasangan melakukan aksi sumbang itu secara terang-terangan berdekatan masjid pada hari Jumaat ketika umat Islam menunaikan solat Jumaat.


Perbuatan itu bukan saja menyakitkan mata, malah menjatuhkan imej pantai yang menjadi tumpuan termasuk pengunjung dari luar negeri ini.

Tinjauan Metroplus tengah hari Jumaat lalu mendapati terdapat beberapa pasangan asyik memadu asmara tanpa mempedulikan orang ramai yang pergi dan balik menunaikan solat Jumaat.

“Malah ada pasangan yang asyik memadu kasih tidak menyedari perbuatan mereka ditonton segelintir ‘kaki skodeng’ atau pengintai di situ,” katanya ketika ditemui di sini.


Menurutnya, kaki skodeng di pantai berkenaan datang awal dan bersembunyi di dalam semak semata-mata untuk melihat aksi sumbang dan mengghairahkan pasangan terbabit.

“Ini sikap remaja sekarang, tidak kira di mana saja termasuk dalam semak melepaskan rindu. Kalau tengah syok memadu kasih, tiba-tiba kena patuk ular baru tahu.


“Saya kesal dengan situasi ini dan sesuatu perlu dilakukan bagi mengelak ia terus berlarutan dan menjatuhkan imej pantai ini,” katanya.


Sementara itu, imam Masjid Tanjung Bidara, Abu Khir Jamaluddin, berkata ibu bapa perlu berperanan bagi mengelak anak mereka daripada terjebak masalah sosial.


Bagaimanapun, beliau yang juga Pengerusi Pegawai Syarak negeri berkata, ibu bapa tidak boleh dipersalahkan 100 peratus dalam hal ini kerana sikap remaja boleh berubah serta terpengaruh dengan rakan ketika di luar rumah.


“Namun, lebih kesalkan ada segelintir pasangan terbabit tidak mengira waktu untuk memadu kasih sama ada ketika solat Jumaat atau Maghrib.


“Justeru saya nasihatkan mereka menghormati perasaan orang lain dan bertaubat serta menghindari melakukan perkara maksiat,” katanya.


Sumber: www.hmetro.com.my/articles/Aksisumbangdekatmasjid/Article

Kenapa kita rakyat Malaysia masih tak boleh berubah ke arah kebaikan?

Nak-nak budak-budak sekolah sekarang.

Semakin bebas..

Kadang-kadang aku yang segan tengok dorang dating sana-sini walaupun masih bersekolah, lepak-lepak dgn kawan-kawan tak tentu arah, astaga....

Renung-renungkan...

p/s: sekadar pendapat dari diri yang tak seberape ini....

Sunday, April 17, 2011

Artis vs Bukan Artis

Huhuhu. Pelik sikit entri kali ni.

Bukan ape, tengok Melodi TV3 tengahari tadi..
Pastuh dorang ade tunjuk pasal Ameng Spring kena penjara 8 tahun + 10 sebatan..
Woooo.. kat sebatan tuh tak tahan..

Kalau artis terlibat dalam gejala macam tuh, orang akan cakap semua orang akan buat salah..mungkin dorang ada masalah sampai dorang jadi macam tuh..

Persoalannya di sini, apabila situasi tuh jadi kat rakyat Malaysia biasa a.k.a bukan artis, mesti ramai yang mencemuh..
Pastuh,bila dorang dah insaf, nak cari keje pun susah..
Semua orang tak percaya kat dia..
Semua orang was-was dgn dia..
Situasi ni realiti!

Dan bila si artis tuh pulak dah insaf bila dah habis hukuman dorang nanti, bila dorang nak start nyanyi ke, belakon balek ke lepas tuh, kite yang juga rakyat Malaysia ni, boleh menerima dgn hati terbuka..

Sangat tidak faham dgn rakyat Malaysia..
Kenapa si bukan artis tak dapat hak sebegitu?
Kadang-kadang rasa tidak adil dari segi sifat kemanusiaan..

Bukan nak mengutuk tapi sebagai pendapat rakyat Malaysia juga...
Bagi yang tidak setuju dgn pendapat saya,saya memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki...
Ape-ape pon, renung-renungkanlah..

Tuesday, April 12, 2011

Baru masuk dua hari!

Assalamualaikum!!


Haaa... Awok ade cite nak kongsi ngn kome semue ni..

Awok hepi ni..

First time awok join mende gini,dapat hasil..

Awok skrg ni syg sgt kat SAYS.my....

Hihihihi..

Baru dua hari awok join,banyak ni awok dah dapat..


Walaupun tak sebanyak org yg dpt cek nuffnang,churpchurp,tapi ok la..

Daripada tak dapat langsung kan??

Woaaah!

Best! Best!!!

Jom lah join awok!!

Rugi tak join!!!

Nak test? Klik SINI.

Sunday, April 10, 2011

Keep Your Promise

Assalamualaikum..

The 8 Millenium Development Goals (MDG) with a target date of 2015 calls for immediate action and participation.

  1. Eradicate Extreme Poverty and Hunger
  2. Achieve Universal Primary Education
  3. Promote Gender Equality and Empower Women
  4. Reduce Child Mortality
  5. Improve Maternal Health
  6. Combat HIV/AIDS, Malaria and other Diseases
  7. Ensure Environment Sustainability
  8. Develop a Global Partnership for Development

With little time to spare, awareness is the key to the start up of a big action with small combined efforts.YOUR effort!

The focus on the MDG 5 - Improve Maternal Health to raise awareness in Ireland has sparked a global instinct to take action and place human right actions where it should be - in the press!

With a video, part of ASK’s Keep Your Promise campaign, Irish youth leaders share important facts about Maternal and Reproductive Health.

Pregnancy and childbirth related deaths are the number one killers of girls aged 15 – 19 in low-income countries - one of the many facts that young people are not aware of.

Get yourself in touch with global issues and stop living in ignorance.


Give me reward by clicking HERE!


Keep Your Promise  profile image


 
Copyright .nun.wau.ro.ya. نوري 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul . Premium Wordpress Themes | Premium Templates | Blogger Template