klik. klik.

Tuesday, April 19, 2011

Menyumbang kat masjid?

Sedih bace berita ni..

Aksi sumbang dekat masjid

MASJID TANAH: Memalukan apabila ada pasangan bercinta menjadikan kawasan pantai Tanjung Bidara, di sini, sebagai ‘port’ untuk melakukan aksi ‘ringan-ringan’.

Tambah menjengkelkan apabila terdapat pasangan melakukan aksi sumbang itu secara terang-terangan berdekatan masjid pada hari Jumaat ketika umat Islam menunaikan solat Jumaat.


Perbuatan itu bukan saja menyakitkan mata, malah menjatuhkan imej pantai yang menjadi tumpuan termasuk pengunjung dari luar negeri ini.

Tinjauan Metroplus tengah hari Jumaat lalu mendapati terdapat beberapa pasangan asyik memadu asmara tanpa mempedulikan orang ramai yang pergi dan balik menunaikan solat Jumaat.

“Malah ada pasangan yang asyik memadu kasih tidak menyedari perbuatan mereka ditonton segelintir ‘kaki skodeng’ atau pengintai di situ,” katanya ketika ditemui di sini.


Menurutnya, kaki skodeng di pantai berkenaan datang awal dan bersembunyi di dalam semak semata-mata untuk melihat aksi sumbang dan mengghairahkan pasangan terbabit.

“Ini sikap remaja sekarang, tidak kira di mana saja termasuk dalam semak melepaskan rindu. Kalau tengah syok memadu kasih, tiba-tiba kena patuk ular baru tahu.


“Saya kesal dengan situasi ini dan sesuatu perlu dilakukan bagi mengelak ia terus berlarutan dan menjatuhkan imej pantai ini,” katanya.


Sementara itu, imam Masjid Tanjung Bidara, Abu Khir Jamaluddin, berkata ibu bapa perlu berperanan bagi mengelak anak mereka daripada terjebak masalah sosial.


Bagaimanapun, beliau yang juga Pengerusi Pegawai Syarak negeri berkata, ibu bapa tidak boleh dipersalahkan 100 peratus dalam hal ini kerana sikap remaja boleh berubah serta terpengaruh dengan rakan ketika di luar rumah.


“Namun, lebih kesalkan ada segelintir pasangan terbabit tidak mengira waktu untuk memadu kasih sama ada ketika solat Jumaat atau Maghrib.


“Justeru saya nasihatkan mereka menghormati perasaan orang lain dan bertaubat serta menghindari melakukan perkara maksiat,” katanya.


Sumber: www.hmetro.com.my/articles/Aksisumbangdekatmasjid/Article

Kenapa kita rakyat Malaysia masih tak boleh berubah ke arah kebaikan?

Nak-nak budak-budak sekolah sekarang.

Semakin bebas..

Kadang-kadang aku yang segan tengok dorang dating sana-sini walaupun masih bersekolah, lepak-lepak dgn kawan-kawan tak tentu arah, astaga....

Renung-renungkan...

p/s: sekadar pendapat dari diri yang tak seberape ini....

0 potpetpotpet:

 
Copyright .nun.wau.ro.ya. نوري 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul . Premium Wordpress Themes | Premium Templates | Blogger Template