klik. klik.

Friday, May 20, 2011

♥ Syazwan Zulkifly ♥


Entri ni ditaip khas untuk Syazwan Zulkifly..

Selamat Ulangtahun ke-

Semoga panjang umur, murah rezeki!!!

♥ youuuuuuuuu! ;)

Thursday, May 5, 2011

Hot!!

Assalamualaikum!!
Haluuu! Ehehe. IMY-->takde kene mgena dgn yang hidup ataupun yang mati *tapi,saye je taw sape. :)
Hehehe..Nak cite sikit pasal sorang pelakon Juvana yang tengah HOT! Apek. Kenal tak?? Tak kenal? Meh nak cite sikit ape yang saye taw pasal Apek atau Syazwan Zulkifly ni.

Syazwan Zulkifly,seorang pelakon berusia 24 tahun yang memulakan kariernya pada tahun 2008. Memulakan karier hanya dengan watak kecil dalam beberapa drama sebelum ini dan sekarang terkenal dengan drama terbaru TV 3, Juvana, setiap Isnin,jam 9 malam bermula 25 April 2011. Seorang yang sangat peramah, kelakar, merendah diri, dan amat menghargai peminat.

Euww. Skema gilaa saye kenalkan Apek ni kat korang! Hahaha. Ape pun, Apek ni mmg cool gile kot. Sporting plak tuh. Nak2 bile jumpe muke-ke-muke! Betul2 Ho Liaoo! :D

Hah? Tengok muke baru kenal? Ok. Scroll bawah tengok gambar Apek ni!! *tak pepasal terlekat name Apek ni pas cite Juvana. ;)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Dalam bilik kurungan Sekolah Wira Bakti.

Comelnyeeeeee. ;D

Bagi yang tengok Gemilang(cite sebelum Juvana),ini dia Ringgo. :D


Ensem. ouuhhh!

Bagi yang tidak berpuas hati dengan entri ni, saye mintak maap ye.. :)

p/s: credit to Syazwan Zulkifly for the pitcha! :D

Wednesday, May 4, 2011

Aku tidak akan terperangkap selamanya.

pix_gal0
Biarpun masih baru mereka sudah terkenal kerana kenakalan dalam kaca TV

KETIGA-tiganya masih terlalu baru dalam bidang lakonan. Memanglah ada yang terpinga-pinga siapakah tiga anak muda itu yang sekarang boleh ditonton menerusi drama bersiri Juvana di TV3.

Johan Ariff, 25 bersama-sama Syazwan Zulkifli, 23 dan Adam Shah, 30 memang beruntung kerana mendapat keyakinan daripada pengarah dan penerbit, Kabir Bathia untuk menjadi sebahagian watak utama dalam drama Juvana arahan Faizal Ishak.

Dalam drama itu, Johan membawa watak Botak dengan perwatakannya yang agak lurus bendul sehingga menjadi bahan ketawa Apek lakonan Syazwan dan Ayam dibawakan oleh Adam.
Siapakah mereka ini? Adakah mereka memang orang baru dalam dunia lakonan? Menariknya mereka tidak kekok apabila diminta melakukan pelbagai aksi seperti yang diminta oleh jurugambar Hip. Walaupun membawakan watak nakal dalam siri Juvana, tetapi hakikat sebenarnya, mereka adalah ramah dan ‘gila-gila’.

Beruntung dapat kepercayaan

Tidak mustahil satu hari nanti mereka bakal mengikut jejak Shaheizy Sam, Shah Jaszle dan ramai lagi. Bukan mudah orang baru seperti mereka meraih peluang muncul di waktu perdana di stesen TV terkemuka, yang menjadi idaman pelakon lama dan baru.

Johan, Syazwan dan Adam beruntung kerana mendapat kepercayaan Kabir Bhatia dan Faizal Ishak untuk menunjangi drama bersiri Juvana.
Mereka bukanlah orang baru kerana ketiga-tiganya sebelum ini pernah menimba pengalaman sebagai pelakon tambahan. Syazwan dan Adam memulakan kerjaya lakonan sejak 2008, hanya Johan yang masih baru berbanding dua rakannya itu.

Dalam Juvana, dia serius dan ganas tetapi realitinya Johan Arrif seorang yang kelakar. Barangkali kerana masih baru dalam dunia lakonan, Johan amat merendah diri, malah segera memohon maaf setiap kali berasakan terlalu banyak bercakap, bimbang ada yang tidak selesa dengan sikapnya itu.

Sengaja mengusik, sikapnya itu mungkin sementara. Setelah dikenali, dia mungkin akan berubah sikap. Tetapi Johan yang berkemampuan menghafaz dua juzuk surah ini berharap tidak berubah sikap apabila dikenali nanti.

“Memang tak dinafikan selepas episod pertama Juvana, ada yang mula memanggil saya dengan panggilan Botak. Waktu itu saya sedang makan di Perlis. Terkejut juga apabila ada yang memanggil nama watak saya. Saya akan membiasakan diri dengan keadaan itu.

“Saya minat berlakon. Tidak salah untuk meminati bidang lakonan dan agama dalam satu masa sama kerana yang penting niat kita.

“Bagaimanapun janganlah panggil ustaz atau hafiz kerana saya hanya mampu hafaz satu setengah juzuk al-Quran saja. Saya pernah menuntut ilmu agama di Jambi dan Batam, Indonesia selama setahun tetapi berhenti kerana tidak tahan dengan disiplin ketat yang dikenakan. Alhamdulillah keluarga tidak halang minat saya dalam lakonan, asalkan tahu menjaga nama baik keluarga,” kata penuntut Kolej Universiti Islam Melaka dalam bidang Diploma Kaunseling itu.

Pertama kali memegang teraju utama adalah pengalaman menyeronokkan. Masih berbaki tiga semester untuk tamat pengajian, Johan meluahkan rasa beruntung kerana berlakon di sisi nama hebat seperti Bront Palare, Zahiril Adzim, Beto Khusairy dan Datuk Kuswadinata.

“Bront ada menitipkan ilmu yang sangat berguna. Dia kata untuk menjadi pelakon, ada dua perkara yang perlu dititik beratkan iaitu pendengaran dan pernafasan. Nasihat itu akan saya pegang.

“Begitu juga Zahiril. Dia menjadi rujukan kami ketika di lokasi. Dia nasihat saya supaya memastikan intonasi serta gaya lakonan konsisten dari episod pertama hingga akhir. Jadi saya agak bimbang jika tidak memberikan lakonan yang konsisten,” kata Johan.

Kesungguhan untuk menjadi pelakon yang baik disebabkan minat yang sudah tertanam sejak di sekolah lagi. Johan dikatakan menangis ketika di lokasi kerana tidak mampu mengekalkan intonasi dan gaya lakonan yang sama. Perkara itu didedahkan oleh Syazwan dan Adam.

Kata mereka, disebabkan terlalu menghayati watak Botak juga, Johan tidak sengaja memukul rakannya sehingga berdarah dan lebam.

Peritnya jadi pelakon

SEBELUM berpeluang memegang watak pelakon pembantu, anak muda dari Kuala Lumpur ini terlebih mencuba nasibnya sebagai pelakon tambahan dengan mendaftar diri di agensi lakonan.

Ternyata pengalaman yang bermula pada 2008 itu menyimpan pelbagai kisah suka dan duka. Suka kerana dapat bertemu dengan pelakon yang selama ini menjadi idola tetapi pengalaman duka apabila perlu berdepan dengan pelakon yang kurang mesra.

“Tidak semua pelakon sombong. Ada yang mudah mesra malah tidak kedekut berkongsi ilmu. Rata-rata pelakon lelaki mudah didekati berbanding pelakon wanita. Malah ada yang tidak kedekut memberitahu apa perlu dilakukan untuk membantu menjayakan babak mereka,” kata graduan Kolej Multimedia TM, Kuala Lumpur itu.

Syazwan yang pernah membintangi drama bersiri Gemilang juga terbitan Filmscape berkata, ketika menerima tawaran untuk membintangi Juvana, dia agak risau apabila mengetahui bakal digandingkan dengan Zahiril.

“Dalam Juvana, watak saya banyak bergandingan dengan Zahiril. Disebabkan dia seorang pelakon yang hebat, jadi bimbang kekurangan saya akan menjejaskan lakonan Zahiril. Beberapa hari sebelum penggambaran bermula, saya menghantar khidmat pesanan ringkas kepadanya untuk berbincang mengenai watak kami. Tapi Zahiril kata mahu berbincang di lokasi saja.

“Ketika sesi bacaan skrip, saya tidak sempat berbual dengannya. Jadi saya agak risau apabila mahu berjumpa dengannya. Bagaimanapun sebaik saja kami mula berbual di lokasi, Zahiril mudah didekati dan tidak lokek ilmu,” kata Syazwan yang amat meminati Aaron Aziz dalam filem KL Drift hingga mampu meniru gaya pelakon itu dalam filem berkenaan.

Ikat perut untuk sara hidup

GARA-gara kilang tempat dia bekerja sebagai seorang jurutera gulung tikar pada 2008, pemuda dari Melaka ini terpaksa mencari alternatif lain untuk menyara hidupnya.

Dari Pulau Indah, Klang, Adam merantau ke Kuala Lumpur mahu meneruskan pengajian dalam bidang perniagaan tetapi akhirnya niat itu tersasar apabila dia menceburi bidang lakonan.

Melalui profil yang dihantar pada Hari Terbuka FINAS, rezeki Adam dalam bidang lakonan terbuka sedikit demi sedikit. Bermula sebagai pelakon tambahan pada 2008, akhirnya tiga tahun selepas itu, dia ditawarkan menjadi pelakon pembantu. Biar pun lambat, Adam tetap bersyukur kerana bakatnya kian disedari.

“Bermula watak tambahan, saya kemudian mendapat tawaran berlakon dalam drama Akademi Polis. Watak saya dalam drama itu boleh dikira penting juga. Selain menjadi pelakon, saya juga ada melakukan kerja-kerja di belakang tabir seperti membantu pengarah.

“Saya beruntung dan bersyukur kerana akhirnya dilamar sebuah syarikat penerbitan yang terkenal. Saya berharap bakat lakonan saya dalam drama ini dihargai,” katanya yang membawakan watak Ayam.

Watak Ayam katanya, kelihatan tidak begitu jahat tetapi sebenarnya dia adalah seorang yang pandai memanipulasi keadaan. Oleh kerana bimbang dibuli, dia banyak mengawal Botak hingga Botak tidak sedar dia sebenarnya dipergunakan oleh Ayam.

Sumber: Berita Harian Online


Tuesday, May 3, 2011

Juvana & Gemilang

Assalamualaikum!

Hyeee!

Mood Jom Heboh tak abis agi..

Hehehehe...

Kepada sape2 yang tak pernah tgk cite Juvana & Gemilang,mmg tak kenal lahh dorang ni...

Tasha Shilla yang sangat cantek!! Geram taw tengok diaaa!

Tasha lagiiii!

Masa ni Tasha dah cam sayeee..patutnye kne derma tabung dulu baru leh amik gambar,tapi Tasha ckp,'Kite bagi free lahh kat Nuri'..hehehehe ;)

Friendly ouh Tasha ni!!

Agak2 autograph ni dari sape 'FOR NURI COMEL'...? :D

Apek tengah wat chicken dance!! Comel ouuhhh! :D


The coolest guys of the day!!!! Botak & Apek!

Sangat happy ouuhh...!

Dapat kawan baruuu!

Mood tak habis lagikk ni...

Rindu.Rindu.......... :D
 
Copyright .nun.wau.ro.ya. نوري 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul . Premium Wordpress Themes | Premium Templates | Blogger Template