klik. klik.

Tuesday, April 2, 2019

Derma darah

Assalamualaikum and hai 🙋‍♀️

Harini nak share sikit aktiviti Nuri pagi tadi. Semalam tengah scroll FB, ternampak iklan Karnival Sihat ke ape dekat Kuantan Medical Centre (KMC) Indera Mahkota. Pastu ada program derma darah 2 April 2019.

Nuri dah lama macam curious nak tahu dan nak feel macam mana derma darah tu sebenarnya. Tapi takut dengan mitos, lepas derma darah, berat akan naik. Padahal tak derma darah pun naik aje berat badannya punlahai. Hahaha. Pastu gigih la google ape effect bila derma darah. Then baru tau tu mitos cerita dongeng batu belah batu bertangkup keris siamang tunggal aje. Kuikuikui.

So petang semalam tak pikir banyak, terus plan nak pegi derma darah kat KMC. Gigih bangun pagi sebab taknak serabut ramai orang. Sampai je KMC, alhamdulillah disambut baik staff situ.

Mula sampai tu, nuri kena isi borang personal details dulu. Dah siap isi details, nuri kena timbang berat dan cek jenis darah. Ok. Ni best. Rupenya berat turun 3kg dari yg last timbang aritu. Hahaha. Dah cek darah, akhirnya selepas 3 series hidup, baru nuri tahu nuri golongan darah A 🤩

Lepas dah cek darah, nuri disuruh ke next table untuk cek tekanan darah. Alhamdulillah tekanan darah nuri normal pagi ni. Next, untuk first timer, nuri kena ke next table untuk buat buku merah blood donor tu. Right after dah dapat blood donor book tu, terus nuri dapat katil. Macam senang kan? Opkos senang sebab pegi awal pagi, nuri org kedua duk atas katil tu. Hihihi.

Expectation nuri jauh beza tau. Ingatkan sakit cucuk jarum tu macam sakit masa duk hospital 17 tahun lepas. Rupenya ya Allah, tak rasa apa pun. Tapi taktau la kot dah tua tua ni kulit dah tebal hahhahahhaha. Tapi memang tak sakit pun lah.

Eh tak sampai sepuluh minit darah dah penuh bag dah. Eh. Dah siap. Eh. Senangnya. Eh. Rasa nak derma lagi. Hahhaaha.

So, sape yg rasa ragu ragu takut nak derma darah, takyah risau. Tak sakit pun la. Tapi after derma darah tu, kena minum air banyak banyak. Misi tu yg pesan. Hehehe.

0 potpetpotpet:

 
Copyright .nun.wau.ro.ya. نوري 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul . Premium Wordpress Themes | Premium Templates | Blogger Template