klik. klik.

Saturday, March 31, 2012

andai kau tahu..

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥

Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada tuhanNya


Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda. Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan.

Semoga kita dapat mengambil hikmah dalam setiap kejadian.

perkongsian dari facebook realiti fantasi :)

Sunday, March 25, 2012

Cinta


"Awak, saya nak awak kawan dengan saya!"

"Kenapa?"

"Sebab saya tahu awak akan jatuh cinta pada saya!"


Cinta tak memerlukan sebab dan kita tak tahu kenapa kita jatuh cinta.




:)

Thursday, March 22, 2012

Straw to your Berry


I keep to myself that I need you just as a best friend.

Nothing more than that.

But sometimes the feeling is a little weird when the topic becomes to you.

I cannot chase the feeling towards you.

But I know that I'm not the one that could perfectly be the straw to your berry.

And pretending to not to fall for you is the best way for you and me.

Thursday, March 15, 2012

5 perkara yang nuri tak boleh tinggal kalau keluar rumah

huwarrrrgggh......!!!

assalamualaikum..
huhuuuueee...........

dah lame tak ngapdet belog ni..
busy la..eh?busy kerrrrr?

hahahaha..

almaklum la..
final year student lah katakan..(nak jugakkk)
sibuk dengan final year project yang tah hape-hape tuuuuu~

hai awakkkk! ape khabar??
huihuihui..

ermm..tetibe nak feeling-feeling retisssss~

tajuk tu tak nak kalah..~~~~

okay.okay.
nak stop mengarut.
nanti korang meluat sampai muntah ijauuuu~~~

okay.

5 perkara yang nuri tak boleh tinggal kalau keluar rumah:

1) tisu
-ni tak leh tinggal sepatutnyee..sebab kalau tertinggal,perjalanan mesti tak selesa..mata ni selalu berair lepas accident 10tahun lepas..kesian kan sayeeee? ;(

2) silkygirl liquid eyeliner
-ni pun takleh tinggal sebab kalau lepas solat.kena pakai balik..sebab-sebab kena pakai adalah mata kiri saya lepas accident 10tahun lepas,ade triple eyelid..jadi,nak cover eyelid tu,kena pakai eyeliner..huhu..


3) dompet
-yang dah memang sah-sah semua orang tak leh tinggal kan?


4) handphone
-yang ni pun tak leh tinggal walaupun tak ramai yang contact..tapi nak wat camane kan? kalau tertinggal,mesti rase tak best..rase something wrong..heeee


5) jam tangan
-yang ni pun rase tak best kalau tertinggal even kat handphone dah ade jam kan? hahaha. tak pape saye ni kan?


korangggg~
maafkan saye yang feeling-feeling retisssss ni ye?
ni lah jadi kalau ade keje lain,wat keje lain~ :)

Monday, January 2, 2012

final presentation IPD2.

Assalamualaikum.

fuhhh!

penat.penat.

gara-gara subjek design ni lah pergi fakulti kul 11-12pagi,balik kul 12-1 pagi..

tapi rasenye subjek ni tak la stresss mane...takde test..takde final paper...

ok lah..

tak nak cite panjang lagi..

pictures below gonna give all you the words..

okayy.ni betul2 wat keje ke bergambar cuma??

kayak terbang?

dah macam keranda dah aku tengok...

melayan gile memasing jap.. XD

tekunnye...menjahit ke??

aniza:aku rase kite tak yah gune kayak la..kite berenang je..
nuri:ok gak tu..boleh aku wat aksesori nak menari ni..
fariq:abis aku?

trust us. we are engineers. XD

kayak terbang lagi ke?

fit in car boot!

we are from Global Heritage SDN BHD and this is.....
our Re-Flex Kayak!

Saturday, December 17, 2011

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepertita
rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)
12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Sumber: Facebook Shafifiyaz

Sunday, December 4, 2011

10 Muharam, Hari Asyura

Assalamualaikum....
sekadar perkongsian....
sekaligus ingatkan diri sendiri juga bagi saudaraku Muslimin & Muslimat
tentang 'KEUTAMAAN HARI KE 10 BULAN ASYURA.


Kenapa hari ke 10 Asyura menjadi penting ?
dari riwayat yang ada, pada hari itu Allah ciptakan Langit, Laut dan Bumi, dan itu akan jatuh pada Selasa, 6 Disember 2011.

Keistimewaan hari ke 10 Asyura, diantaranya adalah :

Dari Ibnu Abbas ra berkata Rasulullah saw pernah bersabda :
" Barang siapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka Allah Swt akan memberi kepadanya pahala 10 ribu malaikat. Dan barang siapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10 ribu orang berhaji dan berumrah, dan 10 ribu pahala orang mati syahid "


" Dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah Swt akan menaikkan dengan setiap helai rambutnya dengan satu derajat. Dan barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah saw yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka".

Para sahabat bertanya Rasulullah :
" Ya Rasulullah, adakah Allah telah melebihkan hari Asyura daripada hari-hari lain? ".
berkata Rasulullah :
" Ya, memang benar, Allah Ta'ala menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, menjadikan laut pada hari Asyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Asyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Asyura "


Dan inilah peristiwa dahsyat yang terjadi di hari ke 10 Asyura :
  • Allah juga menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Asyura.
  • Allah menenggelamkan Fir'aun pada hari Asyura.
  • Allah sembukan penyakit Nabi Ayyub pada hari Asyura.
  • Allah menerima taubat Nabi Adam pada hari Asyura.
  • Allah mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura.
Dasar anjuran Puasa Sunah.
Hadits yang Pertama :
عن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه. مُتَّفّقٌ عَلَيهِ

Dari Ibnu Abbas r.a : “Bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan untuk berpuasa padanya”. (Muttafaqun ‘Alaihi).

Hadits yang Kedua :
عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال: ((يكفر السنة الماضية)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.

Dari Abu Qatadah r.a : " bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya tentang puasa hari ‘Asyura. Beliau menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (HR. Muslim)

Hadits yang Ketiga :
وعن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: ((لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.

Dari Ibnu Abbas r.a : “ Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Apabila (usia)ku sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (HR. Muslim)

Rasulullah saw ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura, beliau menjawab :
'Menghapuskan dosa setahun yang lalu’, ini pahalanya lebih sedikit daripada puasa Arafah (yakni menghapuskan dosa setahun sebelum serta sesudahnyat).

Bersamaan dengan hal tersebut, selayaknya seorang berpuasa ‘Asyura (10 Muharram) dan Tasu’ah (9 Muharram).

Hal ini karena Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, ‘Apabila (usia)ku sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada yang kesembilan’, maksudnya berpuasa pula pada hari Tasu’ah.


Smoga bermanfaat - wass. wr.wb.

Sumber : Obrolan Blogger
 
Copyright .nun.wau.ro.ya. نوري 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul . Premium Wordpress Themes | Premium Templates | Blogger Template