klik. klik.

Monday, October 3, 2011

the 'L' alphabet

wuhuuuuu!

setelah berhempas pulas memerah otak study KPP,akhirnya 47/50!
walaupun tak sehebat yag lain tapi aku bersyukur! ~syukurrrrrr!

tapi apakan daya,kite hanye merancang..
thermal engineering punye exercise tak leh nak buat!
!@#$%^^&&*Y*!(*^*@^&!
wa goyang! sungguh!

YES pulak.
ILY!!!
:)


p/s:entri ni ditaip sebelum gi bengkel IPD 2. sempat pulekkkkkk kann! pastu tajuk entri ni punye cite sikit je..hahaha...maafkan sayeeeee...

Wednesday, September 28, 2011

Tiga Purnama Merindu

Alhamdullilah...
setelah hampir setahun aku menetap di kuantan tercinta,akhirnya pulang juge ke shah alam yg mula2 akan dicintai dan bila nak dekat final exam,akan dibencii..
bagus bukan?
walaupun kepala bersabut-sabut dgn final year projek,design projek, dan sebagainye yg same waktu dgnnye,
aku,
masih leka di atas kerusi plastik putih yg akan merasa sakit bila duduk lame sambil menekan2 butang2 huruf,nombor dan simbol untuk menaip khas untuk blog yang sudah TIGA purnama merindu ditinggalkan.
sayu sungguh hati apabila memikirkan kembali hakikat yg pasti dan benar ini.
berada pada tahun akhir ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal (pembuatan) di Universiti Teknologi MARA Shah Alam amat memenatkan sebenarnya.
duit pun harus di 'budget' untuk hidup di bandar yg majoriti penduduknye adalah orang Melayu.
ade kaitan ke?? :P

sape ade duit banyak,meh belanje aku makan hari-hari sampai habis semester ni!<----ade kaitan jugop ke??

sorry ye korang. ni lah akibat sudah lame tidak 'atastarikh'(update) blog.

jgn ingat aku kurang siuman pulak.tapi kadang2 tu ade la sikit2.hahaha.

sekian untuk rungutan kali ini.
kite jumpe lagi bile laptop aku dah siap format & tukar windows. *tak sabarnyeeeee..hahaha..



notabukulali: kalau jumpe aku dimana-mana,jgn segan untuk menegur.hahaha. perasan hawtt nak mamppp!

Wednesday, June 8, 2011

World Oceans Day

The oceans are essential to food security and the health and survival of all life, power our climate and are a critical part of the biosphere. The official designation of World Oceans Day is an opportunity to raise global awareness of the current challenges faced by the international community in connection with the oceans. This year's theme is "Youth: the Next Wave for Change".

It’s up to each one of us to help ensure that our ocean is protected and conserved for future generations. World Oceans Day allows us to:

  • Change perspective – encourage individuals to think about what the ocean means to them and what it has to offer all of us with hopes of conserving it for present and the future generations.
  • Learn - discover the wealth of diverse and beautiful ocean creatures and habitats, how our daily actions affect them, and how we are all interconnected.
  • Change our ways – we are all linked to, and through, the ocean! By taking care of your backyard, you are acting as a caretaker of our ocean. Making small modifications to your everyday habits will greatly benefit our blue planet.
  • Celebrate - whether you live inland or on the coast we are all connected to the ocean; take the time to think about how the ocean affects you, and how you affect the ocean, and then organize or participate in activities that celebrate our world ocean.

Kerjaya Sementara

benci arghhhh..!!
internet cam rase nak hempuk je jadi lempuk!
aritu siap tgk Juvana satu episod, berkali-kali kat tonton..
ni,nak tgk satu episod cam harrrrammm!

adehhh..miss my hot stuff la..;(
hot stuff saye tengah busy skrg ni..
kesian dia...

takpe2..
nanti mane tau boleh ganti Tumulak naik amek trofi kannnn. :)

anyway,saye skrg sorg student yg menunggu kemasukan ke semester seterusnye yg berkerjaya semntara di stesen minyak Petronas Jln Darat Makbar :)


busy lor skrg..
mase tu ade nk online,tapi malas..
malas nk bukak lappy..huhuhu...
at the end,blog ni tak ter-update berkurun.
kannn.


berkerjaya walaupun sementara ni banyak dugaan dan cabarannya..
pengalaman juga bertambah..
satu je pesanan dari saye...
jangan memilih pekerjaan..
sebab kite tak tahu rezeki kite yang Dia tentukan..


anyway,nak promote sikit kepada sape-sape yang tengah mencari-cari wang tambahan untuk 'pocket money' atau untuk student yang sambung belajar lepas cuti ni...
saye cuma nak kongsi je..kalau berminat,Alhamdulillah...kalau tak berminat,tak ape..
cuma berkongsi ape yang saye dapat...
orang kate 'sharing is caring'...

bagi sesiape yang berminat tu,jom cuba klik link ni ----> http://www.kelabjutawan.org/index.php?ref=nurichomel

saye tak memaksa..tepuk dada,tanya hati.. wassalam.. :)

Friday, May 20, 2011

♥ Syazwan Zulkifly ♥


Entri ni ditaip khas untuk Syazwan Zulkifly..

Selamat Ulangtahun ke-

Semoga panjang umur, murah rezeki!!!

♥♥♥♥♥♥♥♥ youuuuuuuuu! ;)

Thursday, May 5, 2011

Hot!!

Assalamualaikum!!
Haluuu! Ehehe. IMY-->takde kene mgena dgn yang hidup ataupun yang mati *tapi,saye je taw sape. :)
Hehehe..Nak cite sikit pasal sorang pelakon Juvana yang tengah HOT! Apek. Kenal tak?? Tak kenal? Meh nak cite sikit ape yang saye taw pasal Apek atau Syazwan Zulkifly ni.

Syazwan Zulkifly,seorang pelakon berusia 24 tahun yang memulakan kariernya pada tahun 2008. Memulakan karier hanya dengan watak kecil dalam beberapa drama sebelum ini dan sekarang terkenal dengan drama terbaru TV 3, Juvana, setiap Isnin,jam 9 malam bermula 25 April 2011. Seorang yang sangat peramah, kelakar, merendah diri, dan amat menghargai peminat.

Euww. Skema gilaa saye kenalkan Apek ni kat korang! Hahaha. Ape pun, Apek ni mmg cool gile kot. Sporting plak tuh. Nak2 bile jumpe muke-ke-muke! Betul2 Ho Liaoo! :D

Hah? Tengok muke baru kenal? Ok. Scroll bawah tengok gambar Apek ni!! *tak pepasal terlekat name Apek ni pas cite Juvana. ;)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Dalam bilik kurungan Sekolah Wira Bakti.

Comelnyeeeeee. ;D

Bagi yang tengok Gemilang(cite sebelum Juvana),ini dia Ringgo. :D


Ensem. ouuhhh!

Bagi yang tidak berpuas hati dengan entri ni, saye mintak maap ye.. :)

p/s: credit to Syazwan Zulkifly for the pitcha! :D

Wednesday, May 4, 2011

Aku tidak akan terperangkap selamanya.

pix_gal0
Biarpun masih baru mereka sudah terkenal kerana kenakalan dalam kaca TV

KETIGA-tiganya masih terlalu baru dalam bidang lakonan. Memanglah ada yang terpinga-pinga siapakah tiga anak muda itu yang sekarang boleh ditonton menerusi drama bersiri Juvana di TV3.

Johan Ariff, 25 bersama-sama Syazwan Zulkifli, 23 dan Adam Shah, 30 memang beruntung kerana mendapat keyakinan daripada pengarah dan penerbit, Kabir Bathia untuk menjadi sebahagian watak utama dalam drama Juvana arahan Faizal Ishak.

Dalam drama itu, Johan membawa watak Botak dengan perwatakannya yang agak lurus bendul sehingga menjadi bahan ketawa Apek lakonan Syazwan dan Ayam dibawakan oleh Adam.
Siapakah mereka ini? Adakah mereka memang orang baru dalam dunia lakonan? Menariknya mereka tidak kekok apabila diminta melakukan pelbagai aksi seperti yang diminta oleh jurugambar Hip. Walaupun membawakan watak nakal dalam siri Juvana, tetapi hakikat sebenarnya, mereka adalah ramah dan ‘gila-gila’.

Beruntung dapat kepercayaan

Tidak mustahil satu hari nanti mereka bakal mengikut jejak Shaheizy Sam, Shah Jaszle dan ramai lagi. Bukan mudah orang baru seperti mereka meraih peluang muncul di waktu perdana di stesen TV terkemuka, yang menjadi idaman pelakon lama dan baru.

Johan, Syazwan dan Adam beruntung kerana mendapat kepercayaan Kabir Bhatia dan Faizal Ishak untuk menunjangi drama bersiri Juvana.
Mereka bukanlah orang baru kerana ketiga-tiganya sebelum ini pernah menimba pengalaman sebagai pelakon tambahan. Syazwan dan Adam memulakan kerjaya lakonan sejak 2008, hanya Johan yang masih baru berbanding dua rakannya itu.

Dalam Juvana, dia serius dan ganas tetapi realitinya Johan Arrif seorang yang kelakar. Barangkali kerana masih baru dalam dunia lakonan, Johan amat merendah diri, malah segera memohon maaf setiap kali berasakan terlalu banyak bercakap, bimbang ada yang tidak selesa dengan sikapnya itu.

Sengaja mengusik, sikapnya itu mungkin sementara. Setelah dikenali, dia mungkin akan berubah sikap. Tetapi Johan yang berkemampuan menghafaz dua juzuk surah ini berharap tidak berubah sikap apabila dikenali nanti.

“Memang tak dinafikan selepas episod pertama Juvana, ada yang mula memanggil saya dengan panggilan Botak. Waktu itu saya sedang makan di Perlis. Terkejut juga apabila ada yang memanggil nama watak saya. Saya akan membiasakan diri dengan keadaan itu.

“Saya minat berlakon. Tidak salah untuk meminati bidang lakonan dan agama dalam satu masa sama kerana yang penting niat kita.

“Bagaimanapun janganlah panggil ustaz atau hafiz kerana saya hanya mampu hafaz satu setengah juzuk al-Quran saja. Saya pernah menuntut ilmu agama di Jambi dan Batam, Indonesia selama setahun tetapi berhenti kerana tidak tahan dengan disiplin ketat yang dikenakan. Alhamdulillah keluarga tidak halang minat saya dalam lakonan, asalkan tahu menjaga nama baik keluarga,” kata penuntut Kolej Universiti Islam Melaka dalam bidang Diploma Kaunseling itu.

Pertama kali memegang teraju utama adalah pengalaman menyeronokkan. Masih berbaki tiga semester untuk tamat pengajian, Johan meluahkan rasa beruntung kerana berlakon di sisi nama hebat seperti Bront Palare, Zahiril Adzim, Beto Khusairy dan Datuk Kuswadinata.

“Bront ada menitipkan ilmu yang sangat berguna. Dia kata untuk menjadi pelakon, ada dua perkara yang perlu dititik beratkan iaitu pendengaran dan pernafasan. Nasihat itu akan saya pegang.

“Begitu juga Zahiril. Dia menjadi rujukan kami ketika di lokasi. Dia nasihat saya supaya memastikan intonasi serta gaya lakonan konsisten dari episod pertama hingga akhir. Jadi saya agak bimbang jika tidak memberikan lakonan yang konsisten,” kata Johan.

Kesungguhan untuk menjadi pelakon yang baik disebabkan minat yang sudah tertanam sejak di sekolah lagi. Johan dikatakan menangis ketika di lokasi kerana tidak mampu mengekalkan intonasi dan gaya lakonan yang sama. Perkara itu didedahkan oleh Syazwan dan Adam.

Kata mereka, disebabkan terlalu menghayati watak Botak juga, Johan tidak sengaja memukul rakannya sehingga berdarah dan lebam.

Peritnya jadi pelakon

SEBELUM berpeluang memegang watak pelakon pembantu, anak muda dari Kuala Lumpur ini terlebih mencuba nasibnya sebagai pelakon tambahan dengan mendaftar diri di agensi lakonan.

Ternyata pengalaman yang bermula pada 2008 itu menyimpan pelbagai kisah suka dan duka. Suka kerana dapat bertemu dengan pelakon yang selama ini menjadi idola tetapi pengalaman duka apabila perlu berdepan dengan pelakon yang kurang mesra.

“Tidak semua pelakon sombong. Ada yang mudah mesra malah tidak kedekut berkongsi ilmu. Rata-rata pelakon lelaki mudah didekati berbanding pelakon wanita. Malah ada yang tidak kedekut memberitahu apa perlu dilakukan untuk membantu menjayakan babak mereka,” kata graduan Kolej Multimedia TM, Kuala Lumpur itu.

Syazwan yang pernah membintangi drama bersiri Gemilang juga terbitan Filmscape berkata, ketika menerima tawaran untuk membintangi Juvana, dia agak risau apabila mengetahui bakal digandingkan dengan Zahiril.

“Dalam Juvana, watak saya banyak bergandingan dengan Zahiril. Disebabkan dia seorang pelakon yang hebat, jadi bimbang kekurangan saya akan menjejaskan lakonan Zahiril. Beberapa hari sebelum penggambaran bermula, saya menghantar khidmat pesanan ringkas kepadanya untuk berbincang mengenai watak kami. Tapi Zahiril kata mahu berbincang di lokasi saja.

“Ketika sesi bacaan skrip, saya tidak sempat berbual dengannya. Jadi saya agak risau apabila mahu berjumpa dengannya. Bagaimanapun sebaik saja kami mula berbual di lokasi, Zahiril mudah didekati dan tidak lokek ilmu,” kata Syazwan yang amat meminati Aaron Aziz dalam filem KL Drift hingga mampu meniru gaya pelakon itu dalam filem berkenaan.

Ikat perut untuk sara hidup

GARA-gara kilang tempat dia bekerja sebagai seorang jurutera gulung tikar pada 2008, pemuda dari Melaka ini terpaksa mencari alternatif lain untuk menyara hidupnya.

Dari Pulau Indah, Klang, Adam merantau ke Kuala Lumpur mahu meneruskan pengajian dalam bidang perniagaan tetapi akhirnya niat itu tersasar apabila dia menceburi bidang lakonan.

Melalui profil yang dihantar pada Hari Terbuka FINAS, rezeki Adam dalam bidang lakonan terbuka sedikit demi sedikit. Bermula sebagai pelakon tambahan pada 2008, akhirnya tiga tahun selepas itu, dia ditawarkan menjadi pelakon pembantu. Biar pun lambat, Adam tetap bersyukur kerana bakatnya kian disedari.

“Bermula watak tambahan, saya kemudian mendapat tawaran berlakon dalam drama Akademi Polis. Watak saya dalam drama itu boleh dikira penting juga. Selain menjadi pelakon, saya juga ada melakukan kerja-kerja di belakang tabir seperti membantu pengarah.

“Saya beruntung dan bersyukur kerana akhirnya dilamar sebuah syarikat penerbitan yang terkenal. Saya berharap bakat lakonan saya dalam drama ini dihargai,” katanya yang membawakan watak Ayam.

Watak Ayam katanya, kelihatan tidak begitu jahat tetapi sebenarnya dia adalah seorang yang pandai memanipulasi keadaan. Oleh kerana bimbang dibuli, dia banyak mengawal Botak hingga Botak tidak sedar dia sebenarnya dipergunakan oleh Ayam.

Sumber: Berita Harian Online


 
Copyright .nun.wau.ro.ya. نوري 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul . Premium Wordpress Themes | Premium Templates | Blogger Template